20 Mac 2016 - 17:57
Letupan Istanbul: 3 rakyat Israel antara 4 maut

Tiga rakyat Israel dan seorang warga Iran terbunuh dalam serangan bom bunuh diri di sebuah daerah yang sibuk dengan kegiatan membeli-belah, di tengah Istanbul, hari ini.

ANGGOTA polis forensik membuat pemeriksaan di lokasi pengeboman di Istanbul. - Foto Reuters

ISTANBUL: Tiga rakyat Israel dan seorang warga Iran terbunuh dalam serangan bom bunuh diri di sebuah daerah yang sibuk dengan kegiatan membeli-belah, di tengah Istanbul, hari ini.

Media tempatan Turki melaporkan, mangsa dikenali sebagai Simha Siman Demri, 60, Yonathan Suher, 40, Avraham Goldman, 70, (rakyat Israel) manakala rakyat Iran ialah Ali Riza Khalman.

Timbalan Menteri Kesihatan Turki, Ahmet Baha Otuken sebelum itu mengesahkan bahawa Simha Demri adalah antara empat mangsa yang maut dalam letupan itu dengan 36 yang lain cedera. - AFP